Pusat Internet Felda Pemanis 2 telah ditubuhkan pada Mac 2010 beralamat di bangunan Balairaya Felda Pemanis 2. Proses membaik pulih telah dijalankan pada Disember 2014 yang mana bangunan asal pusat internet masih dikekalkan manakala susun atur ruangan dalaman diperkemas sepenuhnya. Kelengkapan dan perkakas baru disediakan untuk kemudahan dan kegunaan para pengguna. Proses membaik pulih ini mengambil masa selama hampir setahun sehingga Pusat Internet kembali beroperasi pada 5 oktober 2015. Terdapat banyak perubahan dapat dilihat pada Pusat Internet Felda Pemanis 2 setelah dibaik pulih. Pengguna yang datang ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 sangat berpuas hati dan berasa selesa dengan perkhidmatan yang disediakan.
Antara peranan utama penubuhan Pusat Internet Felda Pemanis 2 adalah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar dari segi tahap kesedaran teknologi dan maklumat. Di pusat internet pengguna boleh menggunakan komputer dan melayari internet dengan kadar bayaran yang amat berpatutan. Selain daripada itu, kelas pengajian komputer juga dianjurkan kepada masyarakat setempat tanpa dikenakan sebarang bayaran. Perkhidmatan fotostat, printing, pegimbas (scan), laminate dan binding turut disediakan untuk kemudahan pengguna.
