Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pemanis 2 mengucapkan Selamat Datang dan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat portal kami. NADI ini merupakan program yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence. PEDI Felda Pemanis 2 telah beroperasi selama 7 tahun. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.
NADI Felda Pemanis 2 terletak di bangunan balairaya Felda Pemanis 2 bersebelahan dengan padang awam Felda Pemanis 2. NADI Felda Pemanis 2 menyediakan latihan ICT secara percuma khasnya kepada Ahli NADI sahaja.
Latihan tersebut merangkumi :
* Pengenalan Perkakasan Komputer
* Pengenalan Asas Internet
* Pengenalan kepada Aplikasi Elektronik ( e-kerajaan , e- pembelajaran dan e- dagang)
* Desktop Publishing ( Microsoft Word, Microsoft Excel , Microsoft PowerPoint)
Objektif PEDI (NADI) :
- * Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- * Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang teknologi komputer dan Internet.
- * Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
- * Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- * Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
Perkhidmatan yang disediakan di NADI :
- * Mencetak dokumen (printing)
- * Mengimbas (scanning).Fotostat
- * Laminasi(Laminating)
- * Menjilid (binding)
- * Zon Internet tanpa wayar (Wi Fi zone.)
WAKTU BEROPERASI :
|
PEDI Dibuka Setiap Hari Kecuali Cuti Umum |
||
|
Waktu Operasi |
9.00 pagi – 1.00 ptg ( Sabtu Hingga Khamis) |
2.00 petang – 6.00 petang (Sabtu Hingga Khamis) |
|
9.00 pagi – 12.30 tghri (Jumaat) |
2.30 petang – 6.00 petang (Jumaat) |
|
|
REHAT |
1.00 petang – 2.00 petang (Sabtu – khamis ) 12.30 tghri – 2.30 petang (Jumaat) |
|
