Keusahawanan
Terdapat beberapa kegiatan keusahawanan dan perniagaan yang terdapat di Felda Pemanis. Ada antaranya mendapat sokongan daripada badan-badan kerajaan dan juga daripada FELDA sendiri. Di bawah ditunjukkan antara kegiatan keusahawanan dan perniagaan yang terdapat di Felda Pemanis dan contoh masyarakat tempatan yang berjaya :
1. Perusahaan KM Food. Membuat Jeruk dari pelbagai jenis buah antaranya jeruk betik, jeruk kedondong dan bermacam-macam lagi.
2. Perusahaan Saljam Power . Membuat kerepek pisang,kerepek ubi,kerepek keladi dan bermacam-macam lagi.
3. Dayah Tukiman Frozen Food. Membuat pelbagai jenis kuih muih sejuk beku.
4. Pelbagai makanan oleh para Belia Felda Pemanis di Gerai Belia yang disediakan oleh pihak FELDA.
Saljam Power
Dayah Tukiman Frozen Food KM Food