mcmc
Galeri Foto

DOXING ADALAH JENAYAH

🔴 FİKİR DAHULU SEBELUM SEBAR: DOXING ADALAH JENAYAH

Doxing (atau doxxing) adalah tindakan menyebarkan informasi peribadi seseorang ke internet tanpa izin dengan niat jahat. Istilah ini berasal dari singkatan “dropping docs” (dokumen).

Tujuan biasanya untuk memalukan, mengancam atau mengintimidasi korban dengan mendedahkan identiti sebenar.

💬Kenyataan Ketua Polis Negara;

“Penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.”

— IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail,

Ketua Polis Negara

Penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta butiran keluarga adalah satu kesalahan undang-undang yang serius dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Tindakan mendedahkan atau menyebarkan data peribadi seseorang tanpa kebenaran, walau dengan apa jua alasan, melanggar prinsip perlindungan data peribadi dan boleh mengancam keselamatan individu serta ketenteraman awam.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk doxing, ugutan, gangguan atau penyalahgunaan platform digital. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.

Orang ramai diingatkan agar mengamalkan etika, tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam penggunaan media sosial, serta tidak terlibat dalam penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran.

⚖️ Peruntukan Undang-Undang Berkaitan:

• Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

• Seksyen 130, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

• Seksyen 507E, 507F(1) atau 507F(2), Kanun Keseksaan.

📅 24 Januari 2026

Sumber : Kenyataan Media Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia