| Tarikh | : 3 Oktober 2020 |
| Masa | : 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
| Tempat | : PI Felda Pemanis 2 |
| Peserta | : 1 Orang |
Tujuan :
-
-
Asas ICT – Penjagaan Komputer (Antivirus dan Brave Safe Browser)
Kelas ini disertai oleh seorang pelajar Izzanifaiezy Bin Ibrahim 011017-01-1739 yang kini sedang menyambung pelajarannya peringkat Ijazah di UTHM dalam bidang Kejuruteraan. Beliau perlu didedahkan dengan asas-asas teknologi seperti ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu menambah kemahiran beliau sama ada dalam bidang atau luar bidang. Kelas ini bertujuan membimbing bagaimana membaiki pendrive2 yang dijangkiti virus/rosak bersama pelajar-pelajar universiti. Ia juga menggalakkan pelajar mampu membaiki dan menjaga pendrive dan komputer dengan baik dan berhemah. Aktiviti seperti ini yang diadakan oleh Pusat Internet Komuniti selain dapat memberi faedah terhadap pelajar itu sendiri, ia juga dapat menarik pelajar agar sentiasa datang belajar di Pusat Internet serta dapat melahirkan pelajar yang celik IT. Apabila kelas ini diadakan secara berperingkat, bukan sahaja pelajar dewasa yang berminat dan mendapat faedah, pelajar sekolah rendah juga turut mendapat maanfaat, pelajar sekolah lebih kenal dan berminat menjaga peralatan ICT secara berhemah. Kemahiran yang dipelajari membuatkan pelajar dapat membaiki pendrive/komputer sendiri.
-
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dilakukan adalah :
> Membuat penyediaan modul tentang jenis kerosakan dan kaedah pembaikan
> Membuat semakan pada komputer dan pendrive serta mencari punca kerosakan
> Membuat pembaikan komponen yang berjangkit/rosak bersama pelajar
> Memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi antivirus seperti Avira Antivirus, Smadav dan Firewall komputer
> Menunjuk cara bagaimana membuka, menyemak dan membaiki computer dan pendrive dengan betul
-
- > Nasihat untuk penjagaan yang baik